
Sulit
5 tahun
Kencing tidak lawas dan berdarah
Saya lelaki 20’an. Sudah seminggu lebih saya mengalami kencing tidak lawas dan berdarah. Pada awalnya kencing keluar seperti biasa cuma warna urin lebih kuning dan ada ketulan seperti ketulan lendir bercampur darah. Setelah selesai kencing saya selalu merasakan seperti tidak lawas. Setelah rasa tidak lawas saya akan menjadi lebih kerap kencing. Setelah rasa itu datang saya akan menjadi kerap untuk kencing tetapi kuantiti urin saya menjadi lebih sikit dan sakit. Kuantiti urin hanya 2 hingga 3 titik sahaja. Bolehkah saya tahu apakah sebab,punca dan cara mengatasi masalah saya. Sekian itu sahaja terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Antara penyebab kencing tak lawas dan air kencing berdarah adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang di saluran kencing
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
- Pengambilan ubat-ubatan
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.