
Sulit
4 tahun
Kencing tidak lawas dan ngilu
Saya wanita berusia 35 tahun. Saya sudah 4 hari mengalami kencing tidak lawas dan ngilu ketika pembuangan air kecil yang terakhir. (kencing yang last) bila saya minum air manis saya mula mengalami kencing tak lawas dan sakit. Jika saya minum air masak yang banyak dan tak minum air manis langsung seharian, proses pembuangan air kecil saya okay je dan tak sakit. Boleh doc jawab permasalahan saya ini. Tq in advance.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kencing tidak lawas dan ngilu yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca oleh pelbagai kondisi kesihatan. Antara puncanya adalah:
- Keradangan saluran kencing serta pundi kencing - akibat jangkitan kuman/batu karang/ketumbuhan
- Bagi wanita - prolaps rahim atau vagina
- Masalah saraf pundi kencing - akibat strok, ubat-ubatan ataupun penyakit auto-imun
Bagi mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih