
Sulit
4 tahun
Kencing yang tidak lawas lama
Saya brumur 30…mgalmi kncing tidak lawas yg agk lm…ptg td sy mndpt kputusan ujian drh dan air kncing mnunjukkn normal,tiada knser,btu krg,virus,kuman…smuanya norml,cuma kolestrol je tggi ckit.apa mslh sbnrnya kncing tidk lawas ini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kesihatan anda. Sebaiknya disebabkan anda telah lama mengalami masalah ini, sebaiknya dia dirujuk kepada doktor dan menjalani pemeriksaan sekali lagi. Masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya seperti masalah prostat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih