
Sulit
3 tahun
Kencing yang tidak lawas / tidak puas ketika kencing
Saya remaja perempuan yg mengalami masalah kencing x lawas/air kencing x keluar sepenuhnya & tersekat ii.Saya dah lama mengalami penyakit ini tetapi ia dtg on/off…namun skrg ia makin kerap menjadi.Saya dh try byk tips dari internet utk hilangkannya,cth:minum air putih dgn byk tetapi ia buatkan saya lebih kerap kencing & saya rasa penat sbb ia xlawas,jgn tahan kencing,saya juga stop minum kaffein seperti teh&kopi,minum air basuhan beras yg bersih/cranberry juice/air 100 plus/makan vitamin c/buah oren,senaman kegel juga tetapi saya x pasti sama ada senaman yg saya buat betul/tidak.Jadi,saya ingin mencuba mengambil ubat sepertI Ural effervescent granules.Adakah ia selamat dan perlukah saya ambil ubat ini? / ada rawatan yg lain? sbb saya ingin kepastian / kebenaran dari doc dulu supaya tiada effect utk diri saya.Saya minta tolong sngt doc utk hilangkan penyakit ini sbb saya hampir murung & putus asa dlm berlawan penyakit ini & ia amat mengganggu aktiviti seharian saya sebagai student Saya juga ada berkeinginan utk jumpa doc tetapi tidak berkesempatan masa pada musim covid skrg.Maaf atas penerangan yg pnjg,Mohon penjelasan dari doc
TQ.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai masalah kencing tidak lawas. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antara perkara tersebut adalah:
- Jangkitan saluran kencing
- Prolaps uteri
- Kehamilan
- Efek samping daripada ubat-ubatan
- Parut (sclerosis) akibat pembedahan atau trauma pada saluran kencing
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan kepada anda untuk merujuk dahulu kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor