
nsyazwani2011
5 tahun
Kentut vagina( semasa bangun tidur)
sy berusia 27 tahun, sudah berkahwin belum memiliki anak. Saya mempunyai masalah kentut vagina, adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kentut vagina berlaku apabila terdapat udara yang terperangkap di dalam vagina. Pada satu masa, udara ini akan keluar, dan bagi sesetengah wanita, ianya menghasilkan bunyi yang kuat seperti kentut.
Wanita yang sedang mengandung, telah putus haid (menopause) atau telah melahirkan anak adalah kumpulan yang paling ramai mengadu masalah ini. Ini mungkin disebabkan oleh dinding vagina yang lemah atau jatuh (prolapse)
Apabila terdapat udara yang terperangkap di dalam vagina, sebarang pergerakan yang memberi tekanan ke bawah (seperti duduk atau batuk) atau hubungan kelamin, boleh menyebabkan otot vagina membuka sedikit. Udara akan keluar, dan ini boleh menghasilkan bunyi seperti kentut. Kentut vagina yang terhasil daripada manipulasi fizikal ini tidak berbau.
Secara amnya, kentut vagina ada lah tidak berbahaya serta normal. Namun ianya boleh menyebabkan wanita rasa malu dan terpinggir. Contohnya, ada wanita yang mengalami kentut vagina setiap kali mengadakan hubungan kelamin. Ini boleh memberi efek negatif terhadap ‘self confidence’ wanita itu, seterusnya hubungan suami isteri. Sesetengah wanita pula malu untuk meneruskan aktivii yang disukai seperti yoga. Tetapi, jika kentut vagina anda berbau busuk, puan perlu berjumpa doKtor.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.