
Sulit
4 tahun
Kepala berdenyut buat rasa gelisah
sye lelaki 23 tahun…saye ade sedikit soalan .sblom ni saye ade mengalami sakit kepala …terasa di sebelah sisi…sakit kepal itu membuat kan saye rasa melayang …dah pergi klinik …kate migrain…dan diberi ubat ponstan dan paracetamol tapi saye tak makan ubat nye sebab pk kan hanye sakit kepala biase…dan pagi ni …saye bgun tidur terasa ade denyutan di belakang kepala saye …yang laju…saye takde mengalami cedera atau trauma kat kepala …sebab sebelom ni saye mengalami tekanan dan stress …adekah itu punce nye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu kepala berdenyut dan sakit kepala. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Sekiranya masalah sakit kepala dan berdenyut-denyut ini berterusan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Sekiranya masalah sakit kepala dan berdenyut-denyut ini berterusan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih