
ainsholehahshuhada
5 tahun
Kepala berdenyut denyut disebelah kanan sahaja
Sakit kepala bahagian sebelah kanan ini adakah berpunca dri telinga saya??.. Telinga saya sejak setahun yang lalu masuk air… Bila dah lama air tu tak keluar…saya dh cuba mcm2 utk keluarkan air tu… Tapi tak menjadi… Bila dah lama… Dia jadi nanah dalam telinga …sehinggakan kadang kadang saya tidur pon tak boleh mengiring sebelah kanan sebab kalau saya mengiring sebelah kanan… Air nanah akan turun… Bila saya pergi jumpa doktor… Doktor dah cuci apa semua…ok balik…tapi semenjak awal puasa haritu jadi balik… Smpai telinga saya kadang2 luka… Saya nak pegi cuci ke doktor tapi tak ada masa lagi… Adakah sebab telinga saya doktor??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih