Anonymous
6 tahun
Kepala berdenyut di dalam kepala sebelah kanan
Suami saya selalu komplen kepala dia di belakang sebelah kanan selalu sakit berdenyut denyut. Kadang2 pandai hilang tapi akan datang semula. Leher bahagian tengkuk pun sakit.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk menjawab soalan anda tentang sakit kepala anda, ia boleh disebabkan oleh:
“ Tension headache”/sakit kepala jenis ketegangan:
- Ini merupakan jenis sakit kepala yang paling biasa terjadi. Ia terasa di seluruh kepala.
“Cluster headache”/sakit kepala jenis cluster:
- Sering sekali ia membabitkan hanya sebelah kanan atau sebelah kiri kepala. Mata di bahagian yang terbabit juga mungkin merah. Ia berlaku selama lima belas minit sehingga sejam dan mungkin terjadi sekali atau dua kali sehari.
Migrain:
- Sejenis sakit kepala yang boleh melibatkan kedua-dua belah bahagian kepala dan terasa seperti denyutan. Seseorang yang mengalami migrain juga mungkin mengalami gejala seperti masalah penglihatan seperti melihat cahaya yang menyilaukan dan rasa mual.
Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.

































