Sulit
4 tahun
Kepala bergetar tp kurang pening
Hi doktor, sejak injection vaksin sinovac yg pertama pada 17/7 haritu,kepala sy kerap terasa bergetar dan kdg kdg terasa pening sedikit keadaan makin kerap apabila sy mendapat dos kedua pada 7/8. Sy juga mempunyai masalah rabun jauh dan apabila sy terlalu fokus kepada sesuatu kepala akan bergetar dalam 2,3 saat camtu. Dan keadaan sgt sgt tidak selesa. Apa yg harus sy lakukan doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Sememangnya gejala sakit kepala kerap dilihat selepas pengambilan vaksin, tetapi gejala sakit kepala yang kerap dan berterusan boleh berpunca daripada masalah kesihatan lain. Antaranya :
- Gangguan tekanan
- Dehydrasi
- Migrain
- Sakit kepala tekanan
- Sakit kepala kluster
Anda memaklumkan bahawa anda mempunyai masalah rabun jauh. Ia juga boleh menyumbang kepada masalah anda, atau jika anda menukar spec baru, sakit kepala juga kerap berlaku.
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor mengenai gejala sakit kepala anda supaya puncanya dapat disiasat dan seterusnya dirawat. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.


































