
Sulit
3 tahun
Kepala berpusing,pening kepala
petang tadi saya tidur sekejap dalam 10 minit,bila saya buka mata saya,saya tengok keadaan sekeliling saya berpusing.lalu saya bangun keadaan itu kembali sedia kali tapi saya cirit birit dua kali.bila saya berdiri lama saya rasa cepat letih dan rasa nak pengsan.bila saya berbaring semula kepala saya macam berat kot dan rasa kurang selsa di belakang kepala dan mata rasa mengatuk.hari ini saya tak makan nasi lagi,biasa nya saya akan makan malam atau petang.adakah ini kesan dari tak makan nasi?atau kesan dari cucuk vaksin?sya cucuk vaksin hri khamis lepas.adakah keadaan ini akan berulang bila saya bangun dari tidur?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami kesakitan dan pening kepala. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala tersebut. Antaranya:
- Vertigo posisi benign
- Penyakit dalaman telinga
- Kurang thiamin dalam diet
- Anemia
- Ketumbuhan dalam otak
- Glaukoma mata
Tahniah atas vaksinasi anda. Anda dinasihati untuk menghindari tabiat melangkau pemakanan melainkan doktor menasihati tersebut. Gejala tersebut tidak semestinya boleh disebabkan oleh vaksinasi anda, tetapi anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera jika gejala ini berulang dan memudaratkan aktiviti harian anda.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.