nadieyaosman
3 tahun
Kepala berpusing, tangan bergetar serta bernafas laju
Sy wanita berusia 22 tahun yg mengalami msalah yg sy nyatakan td… ada kah sebab kurang tidur atau ada msalah lain?? Sy berasa kepala berpusing saat berdiri dan baring… terasa mual dan tangan bergetar… bernafas pun laju…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Hipotensi postural - akibat berdiri terlalu laju, dehidrasi
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Kurang gula dalam darah - petanda awal bagi diabetes jenis 1
- Masalah ritma jantung
- Masalah hipertiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































