
Sulit
3 tahun
Kepala melayang rasa macam nak pitam
Saya wanita berusia 25 tahun kerap rasa melayang hanyut seperti nak pitam. Bahaya ke? Bagaimana nak hilangkan rasa melayang tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Melalui kenyataan diatas, anda mengalami masalah pening kepala yang melayang-layang hanyut seperti nak pitam. Kami fahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Kurang zat thiamin atau vitamin dalam diet
- Kurang berehat
- Tidur yang tidak berkualiti
- Tekanan atau stres
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Vertigo posisi benign - punca yang tidak diketahui
- Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, batu kalsium dan jangkitan kuman
- Anemia - kurang sel darah merah
- Ketumbuhan dalam otak - gejala lain seperti hilang berat badan, muntah dan sakit kepala
- Glaukoma mata
- Migrain
- Tekanan darah tinggi
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.