
Sulit
3 tahun
Kepala meremang dan jantung laju secara tiba-tiba ketika sedang solat, rasa seakan hendak pengsan kerana vision saya rasa lain sangat
Saya lelaki 20an, semasa saya sedang solat tadi, tiba-tiba kepala saya meremang dan saya rasa panas dari dalam dari dada ke kepala, dalam masa sama saya merasakan jantung saya berdegup laju dan saya bernafas laju… kemudian saya rasa penat tiba-tiba, adakah perkara yang saya alami ada kaitan dengan penyakit psikologi?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala jantung dan pernafasan laju. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- penyakit jantung
- jangkitan injap jantung
- kekurangan darah
- jangkitan paru-paru
- barah paru-paru
- penyakit autoimun
- kondisi psikiatrik
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.