
Anonymous
2 tahun
Kepala pening dan muntah
Umur saya 45.thn. Hari ini saya tiba2 pening kepala dan bila jalan rasa macam terhoyong hayang… Muntah sekali sebab pening sgt… Terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman dan bakteria pada sistem saraf
- keracunan makanan
- vertigo (biasa pening seperti bilik berpusing)
- masalah saraf seperti (sklerosis sistemik)
- komplikasi penyakit kronik
Terdapat juga sebab lain yang lebih jarang seperti
- kanser atau ketumbuhan pada otak (biasanya datang dengan simptom lain)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.