
Sulit
4 tahun
Kepala pening semasa hendak bangun dari katil
Keadaan terjadi selepas habis bersama suami. Nak bangun untuk kencing ttp kepala rasa pening sebelah dan badan rasa nak rebah terbaring sj. Sy terus baring. Dan sy tingkatkan bantal utk mengatasi rs pening tu. Cuba lagi nak bangun lepas bbrp minit pun masih. Cuba pula sy berbaring mengiring sblh kiri oleh krn berat rs d sblh kanan kepala. Adakah sbb sy rs mengantuk membaca sblm bersama suami td mjadi punca? Tidak pernah pula tjadi sblm ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tekanan darah rendah
- Kepenatan
- Kurang rehat
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah)
- Anemia (kurang darah merah)
- Vertigo
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Untuk mengatasi masalah pening ini, anda perlu bangun secara perlahan-lahan untuk mengelakkan rasa pening atau pitam. Sekiranya anda belum mengambil makanan, anda perlu mengambil makanan ringan kerana anda mungkin kekurangan gula dan ini boleh menyebabkan anda berasa lemah dan pening.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.