
Sulit
5 tahun
Kepala Rasa kurang selesa seperti Ada aliran elektrik Dan Rasa nyilu
Saya berumur 31 tahun. Saya ada simptom kepala terasa Ada aliran elektrik. Kerap sangat Rasa macam ni. Bila setiap Kali Rasa seperti itu. Mata saya mesti mcm berkabus Dan kabur. Saya perhatikan jadi begitu jika sy Dalam keadaan cuti yg lama. Bulan 12 Dan 1, juga saya Ada by ECG kerana heartbeat sy Rasa laju… tapi semua normal. Thyroid pun dah check normal juga. Perlukan sy scan kepala? Atau ketika simptom apa yg perlu untuk sy berjumpa doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Sekiranya simptom ini mengganggu aktiviti harian anda, anda boleh mendapatkan imbasan CT atau MRI kepala. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.