
Sulit
3 tahun
Kepala rasa pusing dan muntah bila baring melunjur
Suami saya berumur 27 tahun. Pada jam 4 pagi secara tiba tiba dia rasa kepalanya berpusing dan terus muntah. Dia tak ada simptom cirit atau sakit perut. Dia tak boleh baring melunjur atau bersandar kepala ke belakang sebab dia akan rasa pusing kepala dan terus muntah. Sekarang dia cuma boleh baring mengiring sahaja. Pergi klinik doktor cakap kemungkinan keracunan makanan, tapi suami tiada cirit birit langsung. Boleh saya tahu apa penyebab dia pening dan muntah bila baring melunjur atau sandar kepala? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami faham bahawa anda bimbang akan gejala yang suami anda hadapi iaitu pusing kepala dan muntah ketika berbaring. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian lazimnya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- migrain
- mabuk perjalanan atau motion sickness
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- jangkitan pada usus, keracunan makanan yang serius apabila kerap muntah
- masalah keseimbangan
- masalah pada telinga - masalah tekanan, jangkitan
Lazimnya, keracunan makanan boleh disebabkan salah satu atau beberapa tanda seperti muntah, cirit-birit, demam dan lain-lain bergantung kepada individu.
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang suami anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.