
Sulit
4 tahun
Kepala rasa ringan dan selalu rasa nak pitam
Saya wanita berumur 24 tahun… Saya sering hadapi sakit kepala dan telah didiagnos sebagai migrain… Akhir2 ini saya sering merasa sakit kepala yang tidak sama dengan yg saya hadapi sebelum ini. Rasa ni lebih kepada rasa melayang diiringi rasa termampat di kepala terutama sebelah kanan… Dan setiap kali rasa sakit ini datang saya sering rasa nak pitam dan tidak seimbang… Apakah masalah ini berkaitan dengan darah rendah atau ada sebab lain doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Anemia
- Migrain
- Tension headache (disebabkan oleh stres dan tekanan emosi)
- Tekanan darah rendah
- Masalah vertigo
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana hal ini perlu diberi perhatian dan kami bimbang ia berpunca daripada masalah yang lebih serius. Pemeriksaan lanjut haruslah dibuat supaya rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai keadaan anda secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.