
Sulit
5 tahun
Kepala sakit dan bergetar
assalamualaikum Dr…sy wanita berumur 31 tahun…3 bulan kebelakangan ini bila solat dan sujud…kepala rasa tidak selesa…
rasa bergetar
pipi akan terasa burning
kadang2 untuk duduk pun rasa macam 2…fikirkan perkara pun rasa macam 2…seakan bergoyang,bergetar…tapi kepala tidak sakit…mohon penjelasan dr selanjutnya…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda kepala bergetar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trigeminal neuralgia masalah saraf muka
- Parkinson - penyakit sistem saraf yang progresif
- Multiple sclerosis - apabila pembungkus saraf (myelin) rosak
- Systemic Lupus Erythematosus (SLE) sejenis penyakit autoimun
Sebetulnya keadaan-keadaan diatas memerlukan untuk dilakukan pemeriksaan sebelum dapat diberikan perawatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.