
Sulit
4 tahun
Kepala sakit melayang
Sy berumur 31 Dan kerap mengalami sakit kepala sebelah kanan hingga ke tengkuk Dan kerap melayang macam nak pitam…sampai sakit ke Mata sebelah kanan…kadang sy berdiri Dan duduk pun melayang… kenapa ya Dr

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda. Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Namun ia tidak berkaitan dengan berat badan anda.
Terdapat dua jenis sakit kepala:
- primer (majoriti) iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala ketegangan
- sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal dan luar tengkorak (glaukoma dalam mata, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran)
Oleh sebab anda mempunyai gejala yang tidak spesifik, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca yang sebenarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.