
Sabrina Lee
6 tahun
Kepala sakit rasa hendak pitam
Apa penyebab selalu sakit kepala yang bukan berdenyut. Sakit kepala yang terasa nak pitam.

6 tahun
Hi, terima kasih atas soalan anda.
Sakit kepala boleh diklasifikasikan kepada sakit kepala primari dan secondari. Sakit kepala primari tidak mempunyai punca , manakala sakit kepala sekondari mempunyai punca daripada kondisi kesihatan. Sebagai contohnya, sakit kepala kluster, migrain dan sakit kepala ketegangan merupakan sakit kepala primari.
Terdapat beberapa ciri-ciri sakit kepala yang membolehkan doktor membezakan sakit kepala yang primari ataupun sekondari. Ciri-ciri ini termasuk sakit kepala yang berterusan, sakit kepala dengan jangkitan pada masa yang sama, status mental berubah, sawan dan ketegangan leher. Jikalau anda mempunyai ciri-ciri sebegini, sila berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin. Sakit kepala yang terasa nak pitam disebabkan oleh gangguan saraf dalam otak anda, dengan kebanyakan disebabkan oleh migrain. Sakit kepala sekondari juga boleh menyebabkan sakit kepala dengan pitam.
Pada pendapat saya, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat diagnosis. Doktor anda akan bertanya tentang tempoh, masa, permulaan dan kekerapan sakit kepala anda. Informasi ini boleh anda rekod dengan membuat diari sakit kepala. Ini dapat membantu doktor anda. Semoga anda cepat sembuh.

6 tahun
Hi. Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan tentang sakit kepala. Kira-kira 10-20% daripada semua orang mengalami sakit kepala. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit lain atau boleh berlaku dengan sendirinya. Dua jenis sakit kepala ada yang sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer dianggap idiopatik, yang bermaksud sakit kepala di mana punca tidak diketahui misalnya migrain dan sakit kepala tension. Sakit kepala sekunder adalah yang biasanya berlaku sebagai petunjuk beberapa masalah lain seperti tumor, pendarahan di otak atau tekanan darah tinggi.
Untuk penjelasan dan diagnosis lanjut, saya akan mencadangkan supaya anda berunding dengan doktor, yang boleh memberikan anda ubat yang diperlukan. Simpan log sakit kepala anda yang boleh dibincangkan dengan doktor anda. Anda harus memastikan pola tidur anda sihat dan dapat memberi manfaat kepada anda dalam mengendalikan sakit kepala. Mengabaikan makanan seperti, keju, coklat, daging merah dan alkohol harus diabaikan kerana mereka mungkin mencetuskan sakit kepala anda. Selain itu, stres dan kegelisahan juga boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, cuba kurangkan stres dengan yoga, beriadah mahupun bertemu kaunselor. Diharap jawapan saya ini dapat membantu anda.

6 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan. Sakit kepala merupakan satu masalah yang sering kita hadapi dan ianya boleh menjadi satu manifestasi tubuh yang kepenatan atau mengalami tekanan. Ia juga boleh disebabkan oleh pengambilan minuman berkafin seperti coklat, makanan berkeju atau berperasa citrus. Sakit kepala juga boleh menjadi tanda penyakit seperti masalah sinus, dehidrasi, kecederaan otak, sakit gigi atau masalah mata seperti glaucoma.
Pitam mungkin membawa maksud berlainan bergantung kepada individu yang menghidapnya. Dalam perubatan, satu keadaan yang dinamakan “syncope” adalah apabila seseorang hilang sedar buat seketika dan kembali pulih dalam masa yang singkat. Syncope yang sering berlaku adalah akibat jenis “vasovagal” yang berlaku apabila seseorang berdiri terlalu lama atau disebabkan perasaan terlalu takut dalam sesuatu situasi. Jenis lain adalah disebabkan tekanan darah yang turun secara mendadak seperti yang berlaku kepada seseorang yang hilang air dari badan akibat muntah atau cirit birit. Kurang minum air juga mengakibatkan dehiradsi dan boleh menyumbang kepada masalah ini.
Sesetengah orang boleh mengalami syncope yang dinamakan “situational syncope” apabila mereka membuang air besar atau kecil atau batuk. Masalah syncope yang lebih serius adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen akibat masalah jantung yang berpunca dari ritma, injap atau lain-lain. Berjumpa doktor adalah disarankan bagi mengetahui punca sakit kepala anda serta rawatannya.