
Sulit
4 tahun
Kepala saya secara terhuyang hayang apabila baru bangun dari tidur tetapi apabila saya baring semula tiada rasa apa- apa
Saya lelaki berusia 20 tahun dan mengalami rasa terhuyang hayang secara tiba² bermula hari ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami iaitu rasa terhuyung-hayang. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo. Iaitu masalah pada telinga bahagian dalam membuatkan anda rasa pusing dan pening
- Penyakit Meniere’s
- Keradangan pada telinga bahagian dalam (Vestibular neuritis atau labyrinthitis) yang berpunca daripada kecederaan ataupun migrain
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan. Hal ini kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Maklumat lanjut tentang rekod kesihatan anda juga adalah diperlukan.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.