Sulit
4 tahun
Kepala saya selalu sakit yang teramat sangat
Saya wanita berumur 19 tahun. Saya selalu sakit kepala yang teramat sangat. Semasa sakit kepala, kepala saya akan berasa berdenyut-denyut dan urat di bahagian tepi kepala akan timbul. Ianya berlarutan sehinggalah pada satu tahap ni saya tercium macam bau darah dalam hidung saya tapi hidung saya tak berdarah pun dan pada masa yang sama kepala saya pun sakit. Tercium bau darah dalam hidung ni selalu terjadi sehinggakan ada satu masa tu bau tu bukan bau darah dah. Dah macam bau racun. Setiap kali tercium bau darah tu mesti kepala saya sakit. Lepastu kadang-kadang kepala saya akan terasa melayang. Low blood pressure mungkin? Adakah ianya berkaitan? Atau adakah perkara tu benda yang normal saja ataupun ada kaitan dengan sesuatu penyakit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media .
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh.
Berdasarkan keterangan anda mengenai gejala terasa hendak muntah ketika berdiri, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.


































