
Sulit
4 tahun
Kepala terhantuk bulan lepas
Terdapat benjolan seperti bengkak pada kepala bahagian kiri dan apabila ditekan terasa sakit. Saya pernah terhantuk di kepala pada minggu pertama bulan lepas namun tidak ada rasa sakit sebelum ini. Kejadian berlaku sudah sebulan lebih namun rasa sakit ini bermula dari semalam. Mohon penerangan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan anda.
Sakit kepala traumatik menjadi masalah kerana ia boleh berterusan untuk masa yang lama sehingga setahun. Sakit kepala ini menjadikan sukar melakukan tugasan harian, sukar menumpukan perhatian dan juga hilang ingatan. Selepas kemalangan atau episod trauma, mungkin terdapat takungan cecair atau darah ataupun darah beku di kepala. Sakit kepala boleh menjadi dari sedikit ke sangat sakit.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.