
latiff.samsudin
6 tahun
Kepala Terhentak/hantuk pada lantai rumah
Info Anak;
umur 5 Tahun, Perempuan.
Masalah,
Jatuh tersembam dan kepala terhantuk pada Lantai (9pm).
Impak,
Kesan Benjol (Tindakan saya -Tuam dengan Ais)
Selepas 12jam, mula menunjakkan menunjukkan tanda-tanda muntah (3kali).
Ada apa2 tindakan yang perlu saya ambil untuk jangkamasa terdekat sebelum hantar ke klinik?
Perlu refer ke klinik kesihatan atau terus ke Hospital?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk persoalan anda kepada kami.
Berdasarkan keterangan anda, ia adalah amat penting untuk anda ke klinik atau hospital yang berdekatan dengan kadar segera. Jika tidak dirawat secepat mungkin, ia boleh menyebabkan kemudaratan seperti pendarahan di dalam otak.
Antara simptom pendarahan dalam otak atau kecederaan pada otak adalah :
- Muntah lebih dari sekali
- Pengsan selepas trauma
- Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua badan tidak boleh bergerak
- Amnesia/hilang ingatan
- Keliru
- Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya
- Sawan
- Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah
- Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga
- Pupil atau mata hitam tidak sama saiz
- Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu
Untuk maklumat lanjut tentang punca masalah tersebut, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.