
Sulit
5 tahun
Kepala tumbuh jerawat
saya berumur 25 tahun ,kepala saya ada tumbuh jerawat ,kenapa ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh terjadi apabila sebaceous gland (kelenjar minyak) tersumbat kemudian dijangkiti kuman. Hal ini yang menyebabkan ia kembang dan kemerahan.
Sebaceous gland berada di semua permukaan kulit kecuali tapak tangan dan tapak kaki. Oleh yang demikian, kulit kepala boleh tumbuh jerawat kerana ia mempunyai sebaceous gland.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.