
Sulit
4 tahun
Kepala zakar bengkak selepas 2 hari bengkak kelenjar paha
saya dapati kepala zakar saya bengkak.selepas 2 hari saya bekak di bahagian kelenjar paha kanan saya.mengapakah ini terjadi dan bagaimanakah cara untuk saya ubati.terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah kepala zakar bengkak. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea (simptom lain: nanah)
- Jangkitan saluran kencing (rasa pedih ketika kencing)
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
- Tidak menjaga kebersihan selepas kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah