Sulit
5 tahun
Kepala zakar naik merah dan seterusnya kering mengelupas
Saya berumur 26 tahun. Saya dapati kulit kepala zakar saya naik merah seterusnya beberapi mengering dan mengelupas. Perkara ni saya dapati setiap kali saya memberi partner utk blowjob. Ujian HIV/STD telah dilakukan, kedua2 negatif. Untuk pengetahuan doktor, saya tidak melakukan seks secara berat anal atau faraj. Selain itu, penah juga merasa kegatalan di bahagian telur zakar. Apa patut saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kemerahan pada kepala zakar dan kering menggelupas serta kegatalan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan salur kencing
- Jangkitan kelamin atau sexually transmitted infection
- Penjagaan kelamin yang kurang bersih
- Jangkitan bakteria, kulat atau virus
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Sekiranya masalah ini berlarutan sehingga mengganggu anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih


































