Sulit
4 tahun
Keperluan swab test / RTK
Anak asuhan ditaska Sy adalah kontak rapat pada ibunya yg +VE covid, sudah dipakaikan gelang putih PKD dan disuruh kuarantin 10 hari tapi byk Dr xnak buat RTK or PCR sbb tak bergejala. Tapi mcmana kami nak tau status kami sbg kontak kasual kerana tiada result dari kontak rapat. Perlukah kami menjalani swab or RTK?perlukah kami dikuarantin juga?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami kerisauan anda dan akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sememangnya garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM menyarankan ujian swab dijalankan atas individu kontak rapat yang bergejala. Sebagai kontak kasual, risiko untuk mendapat jangkitan virus ini adalah rendah. Oleh it, buat masa ini, anda tidak perlu mengambil ujian swab Covid-19 ataupun kuarantin. Anda dan kontak kasual lain dinasihatkan untuk melakukan penilaian kesihatan kendiri selama 14 hari. Sekiranya anda atau kontak kasual lain mempunyai gejala, sila maklumkan kepada petugas kesihatan untuk mendapatkan langkah-langkah lanjut.
Kami menasihatkan anda agar sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam, dan mengamalkan penjarakkan sosial dan kebersihan tangan yang betul. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi CPRC KKM yang berdekatan ataupun hubungi doktor kami secara atas talian supaya nasihat lanjut dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































