
Sulit
5 tahun
Keputiham yang banyak dan sering berdarah selepas melalukan hubungan intim bersama suami
Saya berumur 41 tahun dan kebelakangan ini perut saya selalu tidak selesa seperti simptom perut dipenuhi angin dan ini berlaku setiap hari. Setiap kali saya melalukan hubungan intim kerapkali saya dapat panty liner saya dipenuhi tompokan darah tetapi bukan di dalam waktu datang bulan. Saya juga kerap sakit bahagian ari-ari semasa berhubungan tersebut. Adakah ini normal dan merupakan simptom pra monopous?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.