
Sulit
4 tahun
Keputihan ada kesan darah dan warna berwarna coklat
Saya wanita 26 tahun. Sudah berkahwin 6 bulan. Hujung bulan sepatut due period saya. Pada hujung bulan lepas masa due period saya, saya mengalami keputihan jernih dan ada kesan darah bewarna merah cair, dan kadang berwarna coklat. Saya ada baca itu tanda awal kehamilan. Saya check UPT satu line. Adakah betul itu tanda awal kehamilan atau saya ada masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah keputihan berwarna coklat boleh disebabkan pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ovulasi
- Kehamilan
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Kanser endometrium atau serviks
- Sindrom ovarium polikistik
- Ektropion serviks
- Jangkitan seperti “vaginitis” dan “cervicitis”
- Wanita yang bermenstruasi dengan gangguan pendarahan atau penipisan darah
- Kitaran haid yang tidak teratur dan “spotting”:Sesetengah wanita hanya mempunyai haid yang tidak teratur dan spotting tanpa sebab yang jelas.
Manakala, tanda awal kehamilan sering berlaku lebih kurang 2 minggu selepas anda mempunyai kehamilan. Tanda-tandanya adalah seperti tidak datang haid, payudara yang sakit, loya dengan atau tanpa muntah, kelesuan dan kerap kencing.
Ujian kehamilan selepas dua minggu adalah disyorkan untuk memastikan konsistensi mendapat keputusan yang tepat. Pastikan air kencing yang digunakan untuk menguji adalah sampel yang pertama pada waktu pagi.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih