
Anonymous
6 tahun
Keputihan adakah tanda hamil
Saya wanita yg berumur 27 tahun dan sudah berkahwin…bulan 11 yang lepas sy keguguran dan telah melakukan rawatan…26 march sy datang period seperti biasa…2 mngu yg lepas sy mngalami krem di bwah perut tapi tak sesakit sperti period…terasa penat…mood sng berubah…lpas tu sy discharge keputihan semasa urine…keputihan berwarna putih susu dan tidak berbau dan tidak gatal… hari ni sy discharge keputihan berwarna putih koko… nak mnta pendapat doc…knapa ni terjadi…

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Untuk makluman anda, bagi kebanyakan wanita, seminggu selepas haid adalah tempoh ovulasi. Ketika ini kebanyakan wanita akan mengalami keputihan atau keluar cairan faraj yang lebih banyak.
Cecair yang keluar dari faraj, jika tidak berbau atau gatal selalunya adalah normal. Sekiranya terdapat sebarang simptom seperti:
- Berbau
- Menyebabkan kegatalan
- Warna tidak normal
- Kitaran haid tidak normal
- Haid terlalu sedikit atau terlalu banyak
- Haid terlalu sakit
- Pedih ketika membuang air kecil
sila merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!