
Sulit
4 tahun
Keputihan berbau dan berketul
Saya wanita dalam lingkungan 20 an saya mempunyai masalah keputihan yang berwarna putih , berketul dan berbau hanyir serta tempat membuang air ade rasa tidak selesa .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham tentang kerisauan anda terhadap masalah keputihan yang anda alami dan kami akan memberi pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala sedemikian.
Untuk makluman anda, keputihan boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kuman, virus, parasit atau yis
- Penyakit kelamin ( Sexually transmitted infection / STI )
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Masalah kesihatan (klik di sini untuk mengetahui punca keputihan)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Berikut merupakan antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan keputihan:
- Menjaga kebersihan faraj dan jangan gunakan pencuci yang boleh mengganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan melakukan seks rambang tanpa menggunakan perlindungan
- Amalkan gaya hidup sihat
- Sentiasa menukar tuala wanita/pad semasa haid
- Elakkan mengambil antibiotik atau ubat tanpa pengawasan doktor
Jika anda masih mempunyai keraguan dan kemusykilan, sila berhubung dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.