Sulit
2 tahun
Keputihan berbau dan kekuningan
saya berumur 18 tahun sejak kebelakangan ini mengeluarkan keputihan seperti kekuningan dan berbau . keputihan dan berbau sering membuat saya tidak berasa selesa setiap malam dan miss v juga akan gatal.saya tertanya-tanya apakah sebabnya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Anda telah menerangkan tentang gejala keputihan yang disertai rasa gatal dan berwarna kekuningan namun dan berbau. Kami akan cuba membantu anda sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, cecair yang jernih ataupun keputihan yang keluar boleh menjadi perkara yang normal jika bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit.
Namun ianya boleh menandakan perkara yang serius jika ia berwarna kuning, hijau atau kelabu, mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan, disertai dengan sifat lendir yang melekat boleh disebabkan penyakit seperti:
- bacterial vaginosis (ketidak seimbangan bakteria faraj)
- jangkitan pada saluran kencing ( Urinary Tract Infection )
- jangkitan transmisi seksual ( Sexually Transmitted Infection )
- radang pelvis ( Pelvic Inflammatory Disease )
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.