
nazlia.za1008
5 tahun
Keputihan berbau selepas bersalin normal
Salam doctor,
Sy bersalin anak pertama pada usia 27tahun secara normal pada July 2019 dan masih menyusukan anak, kini sy dapati keputihan sy berbau Dan berwarna agak kehijauan. Sentiasa merasa basah walaupun selepas mandi/cuci selepas buang air. Apakah rawatan yg sepatutnya sy lakukan? Adakah ia berbahaya? Apakah punca berlakunya sedemikian? Perlukah supplement seperti jamu utk hilangkan bau? rasa malu utk bersama dgn suami malu juga utk berdepan dgn doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan bakteria seperti Bacterial vaginosis
- jangkitan parasit seperti Trichonomiasis
- jangkitan luka jahitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.