
Sulit
4 tahun
Keputihan bercampur darah haid pada hari pertama haid
Saya seorang wanita berusia 27 tahun. pada hari pertama haid saya pada hari ini (19/04/2021), ketulan keputihan keluar berserta lendir berdarah. semuanya dalam kuantiti yang sikit. adakah ini merbahaya? saya juga perasan sejak beberapa bulan ini haid saya sangat sedikit dan terdapat ketulan keputihan yang berselaput darah dan kadangkala berwarna kecoklatan. am i in danger?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kemaluan dan kawasan sekitar yang kurang bersih
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Vaginal polyp
- Bartholin’s cyst
- Vaginitis
- Cervicitis
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.