
Sulit
5 tahun
Keputihan berdarah atau period
saya wanita berumur 27thn. baru berkahwin 2 bulan. saya mengambil pil birth control (yasmin) dari 2 minggu sblm berkahwin. period terakhir bermula 20hb disember - 25 disember. bersama suami, 5hb januari. saya puasa pada 6 &7 january (pada tempoh puasa saya skip ambil pil birth control) 9hb januari, darah sprti hari pertama period dtg. tp berlarutan sehingga 15 januari (belum berakhir) (amount darah tak increasing to much - bcse i boleh pakai panty liner everyday)
ciri2 darah:
- berlendir mcm darah hari pertama period
- merah (as a fresh blood + lendir)
- if i check to late, its looks brown-ish
is it a period or keputihan + darah?
should i be worried?
ni kali pertama jadi. sblm ni period saya regular. period cycle 21.
thankyou for your help.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih