
Sulit
4 tahun
Keputihan berdarah dan disertai dengan sakit pada bahagian bawah perut
Saya remaja yg berusia 22 tahun dn tidak berkahwin lgi. Saya mengalami keputihan yg berdarah pada hari pertama dn hari seterusnya hanya darah yg mcm lendir. Perkara ini berlaku slps waktu period saya. Period saya kadang awal kadang lewat utk bulan seterusnya. Setiap kali period saya akan senggugut dan akan mengambil pil tahan sakit bgi membolehkan saya utk buat kerja. Apakah masalah yg saya hadapi? Adakah ianya endometriosis sebab bila saya baca, ada simptom tersebut yg saya alami?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, keputihan seperti yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
Bagi masalah sakit pada bahagian bawah perut ketika haid pula dapat disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Selain endometriosis, ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti yang dinyatakan di atas. Oleh itu, untuk mengetahui punca dan rawatan yang tepat, maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan lanjut dengan segera.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih