
Sulit
5 tahun
Keputihan Berdarah disertai Sakit Pinggang Belah Kiri
Salam, saya wanita berumur 23 tahun dan bujang. Saya kerap mengalami keputihan disertai dgn darah selepas haid yg normal iaitu 6-7 hari dan keputihan berdarah keluar selepas 5 hari suci drpd haid. Saya juga mengalami sakit pinggang disebelah kiri yg membuatkan saya jadi tidak selesa dan badan lesu. Saya sgt risau jika ada penyakit2 kronik disebalik tanda2 yg saya alami. Mohon pencerahan. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah keputihan bercampur darah yang anda alami boleh disebabkan:
Pendarahan fibroid bercampur keputihan
Pendarahan vagina akibat keputihan dari jangkitan kulat seperti kandidiasis
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.