
nzalina98
4 tahun
Keputihan berdarah lepas seminggu period
Saya dah berkahwin, 4hb 1. Last period 8hb 2, tp since 14hb 2 keluar darah tp tak banyak macam darah period. Bercampur lendir keputihan. Saya nak tanya, bahaya ke tu? Ke saya kena refer doktor secepatny

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, keputihan membolehkan saluran reproduktif wanita kekal steril dan bebas daripada jangkitan pada pH tertentu. Keputihan adalah terbahagi kepada dua iaitu fisiologik dan patologik:
1- Keputihan yang normal atau fisiologik biasanya adalah berwarna putih atau krim, tidak menyebabkan
kegatalan dan tidak berbau.
2- Keputihan yang patologik atau berpenyakit pula biasanya berwarna kuning, hijau atau coklat menyebabkan rasa gatal dan juga berbau hanyir. Ini berlaku apabila bakteria flora normal vagina melebihi jumlah bakteria lain yang seterusnya menyebabkan perubahan keasidan.
Penggunaan antibiotik dan steroid, pil perancang keluarga, douching, penyakit kencing manis, jangkitan klamidia, trichomoniasis atau bacterial vaginosis adalah punca-punca yang biasa berlaku dalam keputihan yang berpenyakit.
Untuk mengetahui punca yang menyebabkan keputihan patologik, saya cadangkan anda merujuk masalah anda kepada pihak kami secara peribadi untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai masalah ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.