
Sulit
4 tahun
Keputihan berdarah.saya wanita berumur 26, apabila saya kencing keluar lendir berdarah selepas kencing. saya dah pernah buat hvs test 2 kali dan result yang keluar menyatakn saya tidak mempunyai masalah
saya wanita berumur 26, apabila saya kencing keluar lendir berdarah selepas kencing. saya dah pernah buat hvs test 2 kali dan result yang keluar menyatakn saya tidak mempunyai masalah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Kecederaan pada dinding faraj
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Kanser rahim atau serviks
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana masalah kencing berdarah ini memerlukan perhatian oleh anda dan doktor.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala ini juga:
- Demam
- Sakit ketika membuang air
- Kerap membuang air
- Air kencing berbau dan bercampur dengan nanah
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur
- Sakit kepala
- Sakit perut
- Loya dan muntah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.