
Sulit
3 tahun
Keputihan berdarah selepas 4 hari habis haid
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Dr. Saya berumur 31 tahun,bujang. saya mengalami masalah keputihan berdarah selepas haid. dalam 4 hari selepas hadi saya akan mengalami keputihan kadang coklat kadang keluar darah ketul2 , saya beranggapan edah haid sy masih belum habis tpi jika dikira tepoh mmg setiap bulan sy normal period…tpi akan ada masalah ini kdang hampir setiap bulan…bagaimana saya ingin selesaikan permasalahan ini.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah keputihan di faraj anda. Antaranya adalah
- Vaginosis bakteria
- Penyakit kelamin (STD)
- Menopaus.
- Radang disebabkan bahan kimia.
- Sklerosis lichen.
Bagi masalah pendarahan haid berketul boleh disebabkan oleh beberapa perkara antaranya;
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Oleh itu, untuk memastikan gejala tersebut tidak mengundang komplikasi yang lebih serius, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.