
Sulit
3 tahun
Keputihan berketul serta kencing terasa sakit
Doc . Saya ade keputihan yg berketul and bile kencing terasa sakit . Lepastu saya kerap kencing tapi sedikit sahajaa . Apa yg patut saya buat yea doc .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan berketul serta kencing terasa sakit yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, masalah sedemikian lazimnya disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Terlalu aktif dan sibuk
- Stres ataupun tekanan
- Pakaian yang terlalu ketat
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , termasuk:
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Jangkitan pada saluran kencing ( Urinary Tract Infection )
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan