
Sulit
4 tahun
Keputihan berwarna coklat dan terasa seakan degupan di bahagian peha
Saya seorang perempuan berumur 19 tahun. Saya telah mengambil ubat oralcon sejak December 2020 yg lalu untuk merawat senggugut atas arahan doktor. Sudah hampir 2 minggu, saya mendapati keputihan saya bukan lagi berwarna putih keruh tetapi berwarna coklat. Adakah ini kesan sampingan daripada pengambilan ubat oralcon itu? Saya agak musykil kerana sudah masuk bulan ke 4 saya mengambil ubat tersebut tetapi baru pertama kali ini terjadi.
Lagi satu, saya berasa degupan di bahagian peha kanan saya. Saya turut dapat melihat peha saya seakan berdegup seperti jantung. Degupan itu timbul di bahagian peha dan jelas kelihatan. Perkara ini telah terjadi selama 1 minggu. Ia terjadi setelah saya berjalan, dan ketika baring untuk tidur.
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan coklat. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor penyebab, antaranya ialah:
- Ovulasi
- Kehamilan
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Kanser endometrium atau serviks
- Sindrom ovarium polikistik
- Ektropion serviks
- Jangkitan seperti “vaginitis” dan “cervicitis”
- Wanita yang bermenstruasi dengan gangguan pendarahan atau penipisan darah
- Kitaran haid yang tidak teratur dan “spotting”:Sesetengah wanita hanya mempunyai haid yang tidak teratur dan spotting tanpa sebab yang jelas.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Manakala berkenaan dengan denyutan pada paha kanan, hal ini memerlukan maklumat lebih lanjut selain pemeriksaan susulan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih