Sulit
3 tahun
Keputihan berwarna coklat sebelum tarikh haid
Saya berumur 27 dan sudah berkahwin ,baru2 ini saya telah mengalami keputihan berwarna coklat sebelum tarikh haid saya. Period saya dijangka turun pada tarikh 25hb. Selepas itu saya jugak telah mengalami masalah pening dan rasa loya dan perut jugak sentiasa kembung. Apakah masalah yg saya hadapi sekarang?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.