Sulit
5 tahun
Keputihan berwarna coklat semasa hamil
Hai doc, sy tgh pregnant 10 weeks skg ni … Last week sy ada scan d klinik kesihatan tetapi doc memberitahu bahawa janin sy tidak membesar seperti usia kandungan sy … Masa scan janin usia 6weeks ttp sy mse tu 9weeks … Sepanjang kehamilan sy ni sy da 2x bleeding spotting berwarna coklat … Itu pun terjadi selepas sy bersama suami … Yg merisau kn sy sekarang ni . Sy merasakan keputihan sy berwarna seakan coklat tetapi bukan bleeding spotting yg pernah terjadi sebelum ini … Pdhal sy tidak ada bersama suami lg … Adakah bahaya keputihan berwarna coklat ni doc ? (keputihan coklat ni baru jadi pada semalam … Mksd nye baru sehari)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Namun begitu , jika ia berterusan dan anda kerap mengalami keadaan ini, adalah amat disyorkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.























