
Latifa
6 tahun
Keputihan berwarnahijau cair
i am 20 years old. currently i am suffering vaginal disharge which look like a sour milk. ( allow me to speak in malay) saya mengalami masalah keputihan yang agak teruk sehingga keputihan saya menjadi berketul seperti susu basi dan ia menyebabkan saya mengalami kegatalan di sekita kemaluan. kadang2 ketulan keputihan itu berwarna hijau cair , kadang-kadang putih? apakah penyakit yang saya hidap? bagaimana cara untuk merawatnya?

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Dari simptom anda, anda mungkin mengalami kondisi yang dikenali sebagai kandidiasis vagina. Faraj yang sihat mempunyai keseimbangan kedua-dua sel bakteria dan kulat. Apabila keseimbangan bakteria dan kulat berubah, sel-sel kulat membiak dengan lebih banyak menyebabkan kandidiasis. Gejala kandidiasis vagina termasuk
• Keputihan seperti keju kudis
• Gatal-gatal vagina
• Pembengkakan pada bahagian luaran faraj
• Pedih semasa kencing atau hubungan seksual
Kebanyakan candidiasis disebabkan oleh organisma Candida albicans. Anda boleh mangambil beberapa langkah untuk mengelakkan jangkitan ini.
• Menjaga kebersihan faraj dan sentiasa memastikan ia kering
• Jangan gunakan sabun yang mengandungi bahan wangian
• Gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan tidak terlalu ketat
• Lebihkan makanan probiotic seperti yogurt
• Elakkan makan terlalu banyak gula dan alkohol
• Gunakan alat perlindungan seperti kondom semasa seks
Untuk merawat masalah ini dapatkan nasihat daripada doktor anda.

6 tahun
Salam sejahtera.Terima kasih di atas soalan anda. Masalah keputihan adalah masalah yang sering kali dialami oleh wanita dalam lingkungan usia 20 tahun hingga 40 tahun. Keputihan adalah proses fisiologi yang normal berlaku pada wanita ketika subur atau tempoh ovulasi, sebelum kedatangan haid dan juga semasa mengandung. Ia adalah lendiran yang terdapat pada saluran organ-organ reproduktif wanita untuk memastikan sekitarnya adalah steril dan juga memudahkan untuk sperma untuk berenang ke arah ovum dan memudahkan persenyawaan. Ia dikira normal apabila kuantitinya adalah sedikit dan tidak berbau serta tidak menyebabkan kegatalan.
Keputihan dikira berpenyakit apabila berwarna kekuningan atau kehijauan serta menyebabkan kegatalan di luar faraj, rasa sakit ketika membuang air kecil dan sakit ketika melakukan hubungan intim. Dalam kalangan wanita, seramai lima peratus yang masih dalam usia reprodukitf mengalami sekurang-kurangnya empat kali jangkitan keputihan setahun. Dalam situasi anda, ia kelihatan seperti jangkitan kulat. Jangkitan kulat di bahagian faraj biasanya adalah disebabkan oleh organisma candida albicans.
Oleh itu anda disarankan mendapatkan nasihat doktor bagi mengatasi masalah ini.