
Anonymous
6 tahun
Keputihan bewarna coklat
assalamualaikum doktor saya umur 19 tahun , saya hendak bertanya.
Mengapa saya perasan setiap kali saya habis period seminggu lepastu mesti akan keluar keputihan coklat hampir seminggu, kadang kadang gatal tapi untuk bulan ini tidak .
Saya risau lah doc, tapi keputihan tu tiada bau pun untuk bulan ni gatal pun tak .
Apakah puncanya ye doc ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, bagi kebanyakan wanita, seminggu selepas haid adalah tempoh ovulasi. Ketika ini kebanyakan wanita akan mengalami keputihan atau keluar cairan faraj yang lebih banyak.
Cecair yang keluar dari faraj, jika tidak berbau atau gatal selalunya adalah normal. Sekiranya terdapat sebarang simptom seperti:
- Berbau
- Menyebabkan kegatalan
- Warna tidak normal
- Kitaran haid tidak normal
- Haid terlalu sedikit atau terlalu banyak
- Haid terlalu sakit
- Pedih ketika membuang air kecil
Serta simptom-simptom lain yang membimbangkan, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian, percuma. Terima kasih.