
Anonymous
6 tahun
Keputihan campur darah
Sya berusia 26 tahun, belum berkahwin… Lepas period hari yg ke14 kluar keputihan cmpur coklat kluar hanya 1 hari sahaja… Kemudian hari yg ke 18,19,20 & 21 kluar keputihan cmpur darah… Darah tu keluar tidak tetap… Hari yg ke 18(keluar hanya waktu ptg shaja), 19(keluar hanya waktu tgah hari shaja), 20(keluar hanya waktu ptg shaja), 21(keluar hanya waktu pgi shaja)… Adakah itu darah dari sisa period yg tidak habis?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda mungkin sedang mengalami simptom haid berpanjangan. Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan simptom ini sama ada melibatkan paras hormon atau masalah pada struktur uterus, ovari atau cerviks. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat tekanan emosi, keletihan atau aktiviti lasak
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Policystic ovari
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah berat badan berlebihan
- Masalah darah cair
- Penggunaan ubat - ubatan
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan harus dijalankan. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan lanjut tentang masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.