
Sulit
4 tahun
Keputihan coklat gelap
Dokter.bini saya hamil baru nak masuk 3 bulan.tetapi keputihan sering kluar colour coklat pekat kadang coklat cair. Apa puncanya ye mintak penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan berwarna coklat gelap yang dihadapi oleh isteri anda. Untuk makluman pihak anda, keputihan coklat atau spotting di awal kehamilan (<22 minggu) boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- implantasi
- keguguran
- ectopic pregnancy (kandungan luar rahim)
- molar pregnancy
Sebaiknya isteri anda segera melakukan kunjungan ke doktor sekiranya pendarahan terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal diatas. Berbincanglah dengan doktor dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi isteri anda.
Kondisi lain yang boleh menyebabkan gejala ini adalah seperti:
- Perubahan pangkal rahim
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.